Sunday, October 2, 2011

Tips Untuk Servive Percintan Jarak Jauh

Salam buat pembaca sekalian...untuk entri kali ni aku nk share ngn korang..aku terjumpa tips ni dr 1 blog yg mmg aku minat...tbe2 aku terperasan tajuk yg seolh2 mmg tngah aku alami...percintaan jarak jauh....so,di sini bile aku baca seolah ape yg aku buat adalah sme...huhu..so ..korang mcmne plak??

Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

"secara jujurnya aku takut utk mmpercayai lelaki dek krn kisah silam...tp bile dr awal psgn tu sntsa bsikap jujur & tak pernah mnipu so..xsusah utk kite kikis perasaan takut utk mempercayai die...dan kesimpulannya..aku mmg percayakn die..stp kali aku sedih jauh dgn fazrul aku sllu trgt ayat die & pesanan die yg die sntsa sygkn aku..."


Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?


"pekara yg sama sllu aku fikirkn..kalau aku xsetia mcmne dgn die...tapi aku sdri knl dri aku bhwa aku seorg yg setia..tp kdg2 aku pula trfikir bgaimana dgn die,,,adakah die pula setia pada aku...aku pon pernah bgtau kwn2 aku..cerianya bersama kawan sme ble kite bsma psgn...krn kawan xdapat melayan karenah kte spt mana psgn kite.."


Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

"berjumpa wlaupun sktika...inilah yg sudah djnjikan oleh fazrul sblm masuk traning..[abg janji kalau ada cuti abg akan balik jmpe syg...kalau bleh call abg call..]...shingga skrg die xpernah mungkir janji..."


Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

"kalau dulu blehlah nk call hari2 sblm tidur..skrg dh dlm latihan mcmne nak call hari2..spt yg aku ckp di ats...kalau die bleh call die akn call..dan die xpernh lupa janji die...."

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

"ini yg paling wat aku suke...masa annyversary fazrul blik bri kjutan utk aku...& mse bthday aku pon die wat pkara yg sme...die balik dan smbut bersama2 aku...semua ni mmg buat aku trsyum sdri...aku sgt suke...."


Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

"jauh tu mmg cara utk memupuk rasa kasih & syg & mnjdikn seorg yg setia..tp bg mrk yg tak tahu mnilai semua ni korang tntu tau ble jauh psti len jdnye,,,hya mrk yg faham ape erti hdup bpsgn je yg tahu apa itu cinta,ksh & syg,,,dan bg aku brsama fazrul disaat aku berjauhan tulah baru aku tahu die mmg sygkan aku tp aku masih takut..& sllu brtya bnr ke die sygkn aku..sdgkan kalau fkir balik ape yg die brikn tu dh cukup mmbuktikn yg die smmgnya sygkn aku...wlau byk sbnrnya yg die snggup buat utk aku..tp knp aku msih takut...hya aku tahu jwpnnya knp & mngapa..."


so..aku berhrap...kbhgiaan itu milik aku & fazrul...[love u abg,,,]

0 comments:

Post a Comment